Manfaat Hyaluronic Acid

Manfaat Hyaluronic Acid

Hyaluronic acid bukanlah satu bahan yang aneh lagi bagi seseorang yang suka menjaga kulit wajah.

Tetapi, untuk seorang pemula yang baru ingin menjaga kulit wajah, pasti masih banyak maklumat mengenai Hyaluronic Acid yang tidak diketahui.

APA ITU HYALURONIC ACID?

Hyaluronic Acid (HA) adalah gula yang terdapat secara semula jadi di kulit kita yang menahan air dan membantu agar kulit tetap terhidrat. 

Ia adalah sejenis bahan di dalam Skincare yang dikenali sebagai Humectant yang sering terkandung di dalam :-

  • serum
  • essence
  • toner
  • moisturiser
  • sunscreen / sunblock
Hyaluronic Acid ini dikatakan sangat berperanan dalam fungsi untuk melembapkan kulit dan juga merupakan salah satu agen anti penuaan yang terbaik. 
Secara puratanya, badan manusia mengandungi 15g HA dan berada di hampir setiap bahagian tubuh.
 

MANFAAT HYALURONIC ACID

Hyaluronic Acid adalah bahan kimia yang mudah dijumpai dalam pelbagai produk penjagaan kulit. 

Hyaluronic Acid boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan boleh dipakai bersama semua jenis produk.

Apabila Hyaluronic Acid dipakai bersama Ceramide, Fatty Acid, Niacinamide dan Glycerin, ia membantu memulihkan skin barrier anda.

KELEBIHAN HYALURONIC ACID

Pada asasnya, Hyaluronic Acid meningkatkan penghidratan kulit yang menjadikan kulit kelihatan segar dan kenyal. 

Seiring bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen dan Hyaluronic Acid secara semula jadi. 

Tambahan pula cuaca yang tidak menentu menyebabkan kerosakan kecil pada penghalang kulit.

Kelebihan lain menggunakan produk dengan Hyaluronic Acid ialah :-

  1. Melembapkan kulit
  2. Bersifat Anti penuaan
  3. Mempercepatkan pemulihan kulit
  4. Antioksidan

 

Reference :