Tips Skincare Routine Raya dengan Herv

Tips Skincare Routine Raya dengan Herv

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah.

Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah menjalani ibadah puasa pada bulan sebelumnya iaitu bulan Ramadan. Hari Raya Aidilfitri ialah pemberian Allah SWT kepada hamba-Nya. Bulan ini dikatakan sebagai bulan yang istimewa untuk umat Islam.

Beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Musim perayaan adalah musim yang betapa pentingnya penjagaan skincare ketika beraya.

Disini Joe Herv ingin berkongsi beberapa tips semasa menyambut hari perayaan yang bakal kunjung tiba.

Tips Skincare Routine

1. Pemakaian Sunscreen

Kulit kita sentiasa terdedah kepada cahaya matahari yang berbahaya. Sinaran UV boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada kulit wajah kita jika terdedah terlalu lama.

Penggunaan sunscreen adalah amat digalakkan terutama bagi mereka yang ingin mengunjungi sanak saudara mara terdekat. Pastikan sunscreen anda mempunyai SPF35 ke atas. 

Dapatkan HERV™ Sun-Rival SPF50+++ disini!

2. Set Asas Skincare

Pasti ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini bila tidak dapat pulang ke kampung halaman masing. Di samping itu, jangan sesekali tidak menitik beratkan rutin harian kulit wajah anda. 

Jika anda travel ke rumah jiran, sahabat dan sanak saudara untuk dikunjungi, set asas skincare seperti :

  • Cleanser
  • Toner
  • Moisturizer
  • Sunscreen

adalah keperluan wajib ketika travel kerana persekitaran, masa dan cuaca menjadi salah satu faktor masalah kulit wajah anda.

Dapatkan Basic HERV™-To-Go Set disini!

3. Penggunaan Essence/Ampoule Ketika Tidur

Setelah seharian mengunjungi sahabat dan sanak saudara, wajah anda pasti akan dehydrate dan nampak lesu.

Justeru itu, ini adalah langkah tambahan dalam rutin penjagaan kulit anda. Essence membantu menambahkan lapisan penghidratan pada kulit anda, yang sebahagiannya dapat membantu menghilangkan parut anda, anti penuaan dan juga mencerahkan kulit anda.

Dapatkan HERV™ Luxe Essence Advance & HERV™ Hello Baby Skin Ampoule disini!

4. Kurangkan Penggunaan Makeup (Non Comedogenic)

Penggunaan Makeup yang menyumbat liang pori anda boleh menyebabkan kulit wajah anda menjadi breakout kerana menghalang pori anda mengeluarkan sebum.
Sewaktu berhari raya, makeup digunakan didalam jangka masa yang amat panjang, pasti kulit wajah anda berpeluh dan menjadi satu punca liang pori anda tersumbat.
Gunakan Makeup yang Non Comedogenic untuk kulit wajah yang lebih sihat.

Dapatkan HERV™ 7 Days Moisturising Primulsion disini!
Herv™ 7 days Moisturising Primulsion ini berfungsi sebagai primer untuk kulit anda.

5. Sentiasa Amalkan Double Cleansing

Mencuci muka tanpa melakukan double cleansing tidak bererti kulit wajah anda bersih sepenuhnya jika anda memakai sama ada Makeup tebal ataupun yang secara light. Kebanyakan Makeup di zaman moden ini terdapat 2 jenis makeup yang waterproof & tak waterproof.

Joe Herv menyarankan anda wajib melakukan double cleansing bagi membersihkan liang pori anda lebih mendalam supaya tiada lagi kotoran dan minyak yang menyumbat liang pori anda.

Dapatkan HERV™ Double Cleansing Method disini!

6. Banyakkan Minum Air Putih

Akhir sekali, banyakkan meminum air putih kerana kebiasaannya ramai yang akan minum air manis dan berkarbonat pada hari raya. 

Jadi, kulit yang dehydrated sangat berisiko kerana boleh menyebabkan aging dan breakouts.
Pastikan jangan terlupa membawa sebotol air putih ke mana-mana sahaja untuk maintainkan skin hydration anda.

 

Oleh itu, kami harap artikel ini dapat membantu anda untuk menyempurnakan Raya anda!
Kami dari HERV mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua warga HERVIAN.