Perlukah Moisturizer?

Perlukah Moisturizer?

Perlukah Moisturizer?

Kenapa kena pakai moisturizer?
Pentingkah moisturizer?
Apa kesan jangka panjang kalau tak pakai moisturizer?

 

FUNGSI UTAMA

Fungsi utama moisturizer adalah untuk melembapkan kulit, menghidratkan kulit serta lock moisture kulit.

Moisturizer adalah rutin yang paling penting.

Sebelum pemakaian sunscreen. Pakailah segala toner, serum, essence dan kemudiannya moisturizer->sunscreen

 

MANFAAT MOISTURIZER

Jika cuaca lebih panas atau berbahang, kulit akan mula mengering akibat terhidrat. Pencuci muka yang menghapuskan kandungan air akan menyebabkan kulit mudah terdedah kepada keadaan sekeliling dan terjadinya iritasi.

Dalam terma biologikal, ianya dikenali sebagai trans-epidermal water loss atau TEWL. Maksud yang lebih ringkas adalah kandungan air akan berkurangan akibat proses pemejalwapan.

Akibat terlalu kering, kulit akan mula hilang keupayaan untuk meregang serta menyebabkan pecah dan merekah. Kebanyakan pelembap dapat membaikpulih sel epidermis iaitu lapisan kulit paling luar.

Tujuan pelembap digunakan adalah untuk menghalang lembapan daripada berkurangan dan mengekalkan hidrasi pada kulit wajah sambil menghapuskan sel-sel kulit mati. 

 

ADA BERAPA JENIS/BAHAN MOISTURIZER?

Tak semua moisturizer sama tau.

Ada 3 jenis dan moisturizer yang ada di pasaran. Biasanya moisturizer adalah gabungan 2 atau 3 jenis bahan berikut:-

 

Jenis Humectant

  • - Menarik air dari persekitaran ke dalam kulit, mengikat/menyimpan molekul air ke dalam kulit
  • - Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • - Contoh: glycerin, honey, aloe vera, hyaluronic acid

 

Jenis Emollient

  • - Melembutkan kulit dengan mengisi empty space in skin cell, improve skin texture
  • - Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • - Contoh: shea butter, squalane

 

Jenis Occlusive- Menghalang air keluar daripada kulit dengan menghasilkan 1 lapisan di atas kulit.

  • - Easy to clog pores dan menyebabkan jerawat dan tak sesuai untuk oily skin.
  • - Sesuai untuk dry skin.
  • - Contoh: plant oil, petroleum oil

 

MEMILIH MOISTURIZER YANG SESUAI

Kunci utama untuk memilih moisturizer adalah berdasarkan skin type.

1. Oily skin -gel, light cream, mudah menyerap

2. Dry skin - cream, balm. Lebih likat untuk moisturize dry skin lebih lama.

3. Pakai moisturizer yang bersifat emollient atau occlusive.

 

Namun ini hanyalah cadangan sahaja sebab setiap kulit tak sama. Ada oily skin yang boleh terima cream-type moisturizer. Jadi setiap kali mencuba moisturizer yang baru mesti wajib perhatikan keadaan kulit selepas beberapa jam.

Selain daripada itu penggunaan produk lain (toner, acid)  dan persekitaran juga boleh mempengaruhi pemilihan moisturizer korang.

Contohnya:-

1. Bekerja di dalam bilik ber-aircond, 

 

2. Penggunaan astringent toner yang membuatkan kulit kering.

 

TIPS PAGI & MALAM

Pagi

- Gel-type moisturizer supaya lebih mudah menyerap.

 

Malam

- Emollient moisturizer untuk repair skin barrier semasa tidur.

 

KEPENTINGAN MOISTURIZER

 

Moisturizer adalah skincare step yang paling penting. Rugi kalau skip moisturizer tau. Sebab apa rugi?

Sebab…

1. Lock segala moisture, produk yang kita pakai.

2. Repair semula skin barrier yang rosak.

3. Fill in ruang kosong antara skin cell supaya skin jadi smooth.

 

KESIMPULANNYA

Penggunaan moisturizer sangat penting untuk melindungi kulit