Kekalkan Kesihatan Kulit Sepanjang RAMADHAN Bersama HERV

Kekalkan Kesihatan Kulit Sepanjang RAMADHAN Bersama HERV

Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering.

Semasa berpuasa, kulit anda mungkin kurang penghidratan kerana cecair dalam badan telah disalurkan ke organ-organ penting yang lain. Jadi tidak mustahil jika terdapat tompok-tompok kering dan jerawat timbul pada kulit anda.

Kekurangan air dalam badan sangat memberi kesan kepada keadaan kulit terutamanya kulit muka kerana ia lebih terdedah kepada suhu atau cuaca yang panas.
Terutama pada individu yang berada dalam situasi tempat kerja atau rumah yang sentiasa berhawa dingin. 

Sebab itu, penting untuk pastikan kulit anda terhidrat dengan mengamalkan penjagaan kulit yang sesuai.

Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa

Berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kulit kering dan kekal cantik dan sihat ketika berpuasa.

1. Pengambilan air yang cukup ketika berbuka puasa dan bersahur.

Minum banyak air kosong ketika bersahur dan selepas berbuka dengan secukupnya. Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan kita dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari.

Secara normal, purata keperluan air dalam tubuh ialah lapan gelas air sehari dan ia membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Ketika bulan puasa elakkan mengambil minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing dan menyebabkan badan cepat kehilangan air. Selain itu, pengambilan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur membantu menambakan kandungan air dalam tubuh.

Ketika solat Tarawih, bawalah bersama botol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah dan mengekalkan kandungan air secara sedikit demi sedikit.

2. Elakan penggunaan solekan yang tebal.

Ketika bulan puasa, segala aktiviti luar tidaklah serancak ketika bulan bukan puasa. Jadi, jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal ketika bekerja atau beraktiviti luar, seeloknya diminimumkan seketika sepanjang bulan puasa. 

Solekan yang minimum membantu merehatkan kulit daripada bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik dan mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak.

3. Kekalkan kelembapan persekitaran anda.

Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral atau face mist ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.

4. Sentiasa melembabkan kulit wajah dengan pelembap (moisturizer) yang sesuai dengan jenis kulit.

Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.

Bagi menghalang kulit menjadi terlalu kering sapuan losen pelembap dua atau tiga kali sehari adalah disarankan bagi mengelakan ianya berlaku.

Bagi yang sering melakukan rawatan wajah jangan abaikannya ketika Ramadan. Teruskan seperti biasa agar kulit sihat dan cantik tatkala menyambut lebaran nanti.

Vitamin C juga membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar matahari. Jadi tiada masalah dengan pengambilan vitamin C atau produk berasaskan vitamin C.

5. Menggunakan Cleanser yang mempunyai pH seimbang

Selain pelembap, bagi mengembalikan kesegaran dan kelembapan kulit pada bulan puasa selain minum banyak air, wanita dinasihatkan menggunakan cleanser lembut dan sesuai kulit, kurangkan berjemur di bawah terik matahari, mengurangkan mandi dan berendam terlalu lama yang akan membuatkan kulit semakin kering.

6. Rutin penjagaan kulit yang lebih disiplin

Pastikan rutin penjagaan kulit diamalkan seperti biasa dan lebih disiplin agar kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. 

Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah kulit yang merosakkan penampilan.

7. Kekalkan kulit cantik dan sihat dengan penjagaan dalaman (makanan berkhasiat)

Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.

Bagi umat Islam yang berpuasa, dinasihatkan memilih makanan yang dapat meningkatkan kelembapan kulit iaitu mengandungi asid lemak asas, asid lemak gamma linolenik (GLA) seperti biji rami, evening primerose, minyak biji borage, minyak zaitun dan salmon yang semuanya bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit malah baik untuk penghidap ekzema. 

Selain itu pastikan makanan yang diambil adalah jenis rendah lemak, kurang garam, gula dan minyak.

8. Penggunaan pelindung suria atau sunscreen (sunblock)

Seperti yang kita tahu, suhu dan cuaca ketika bulan puasa sangat panas. Pelindung suria atau sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari yang terik.

Penggunaan sunscreen yang konsisten membantu melindungi kulit daripada kulit kusam, pigmentasi, kering dan darkspot.

9. Pengambilan sumber protein yang mencukupi.

Sumber protein merupakan makanan yang terbaik untuk membantu membaikpulih sel kulit yang rosak di samping mencatikan kulit. Yogurt antara makanan berprotein yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik. 

Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai pupur kulit untuk kekal berseri.

Jika anda menggemari makan protein yang lain, jadi silakan ambil dengan konsisten demi mengekalkan kulit cantik dan sihat sepanjang berpuasa.

10. Kekal cantik dan sihat dengan amalan mulia

Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit wajah amat penting terutama bagi kaum wanita, namun pada bulan mulia ini juga sewajarnya kita meningkatkan kecantikan rohani dengan menggandakan amal ibadat, menjaga semua perkara yang boleh menjejaskan kualiti puasa khususnya percakapan, pemikiran, penglihatan, pendengaran dan lintasan hati.

Itu sahaja tips penjagaan kulit yang mungkin membantu anda mendapatkan kulit yang cantik dan sihat sepanjang bulan puasa.