APA ITU SUNSCREEN?

APA ITU SUNSCREEN?

APA ITU SUNSCREEN?

Ramai orang di kalangan anda yang mungkin tidak ambil peduli tentang pemakaian krim pelindung/sunscreen, tetapi tahukah anda bahawa ia sememangnya sangat penting tidak kira apa jua jenis kulit anda kerana ia dapat membantu melindungi dari sinaran UVA/UVB dan juga kerosakan kulit.

 

JENIS SUNSCREEN

Suncreen ada 3 jenis iaitu physical suncreen, chemical suncreen dan hybrid sunscren di mana campuran antara physical dan chemical. Setiap sunscreen mempunya filter yang berlainan yang membuatkan ketiga-tiga ini berbeza.

 

KENAL PASTI 3 JENIS SUNSCREEN

PHYSICAL SUNSCREEN

Physical suncreen biasanya mengandungi Blocking Agents iaitu zinc oxide dan titanium dioxide. Ingredient yang terkandung pada tube/botol suncreen tersebut adalah physical sunscreen.

Physical sunscreen ramai yang menggunakannya kerana apabila ia disapu pada kulit, kulit berasa sejuk dan ia cepat meresap ke dalam kulit.

Physical suncreen berfungsi dengan cara memantulkan semula UVA/UVB.

 

CHEMICAL SUNSCREEN

Physical suncreen ada beberapa Blocking Agents yang biasa digunakan, antaranya ialah avobenzone, oxybenzane, octisalate, octinoxate etc.

Kelebihan chemical sunscreen ini ia mudah menyerap. Ia juga berfungsi dengan menyerap UVA/UVB dan tukarkan menjadi haba.

Kekurangan physical sunscreen mengambil masa 15-20 min, biarkan ia menyerap ke dalam kulit untuk betul-betul berfungsi.

HYBRID SUNSCREEN

Hybrid pula adalah gabungan physical dan chemical suncreen. Contohnya hybrid sunscreen ada kandungan bahan zinc oxide dan avobenzone, oxybenzane.

sunscreen jenis hybrid ini tidak mudah menyebabkan kulit muka kita menjadi iritasi.

 

CARA MEMILIH SUNSCREEN

Sunscreen ialah antara rutin yang wajib dalam penjagaan muka. Ia dapat melindungi kulit kita daripada sunburn, hyperpigmentation, dark spot dan melindungi kulit daripada kanser kulit.

Ada beberapa perkara yang perlu dilihat dalam memilih sunscreen.

 

  1. MENGIKUT KESESUAIAN JENIS KULIT .

Kenal pasti jenis kulit anda, sama ada kulit normal, kering, berminyak  atau combination.

KULIT BERMINYAK

Untuk kulit yang berminyak,  cari sunscreen yang lightweight, milk type, cepat menyerapkurang melekit atau juga memberikan kesan matte.

Sesuai menggunakan sunscreen jenis physical.

 

KULIT KERING

Untuk kulit yang jenis kering, korang boleh cuba sunscreen yang mempunyai hydrating atau moisturizing ingredients supaya tak ada lah skin korang kering lepas pakai sunscreen kan.

Atau cuba elakkan daripada memakai sunscreen yang mengandungi alcohol kerana alcohol membuatkan kulit menjadi kering. 

 

KULIT KOMBINASI

Untuk combination skin pastikan skin combination anda.

Dry T-zone?

Oily T-zone?

Combination skin ini, anda boleh cuba pakai 2 sunscren untuk 2 kawasan yang berbeza masalah.

Jika skin anda lebih kepada oil-combination, anda boleh pakai suncreen untuk kulit berminyak begitu juga untuk skin yang dry-combination. 

 

KULIT NORMAL

Untuk kulit yang normal anda sangat lah beruntung sebab mudah untuk anda memilih sunscreen. 

 

  1. SPF YANG SESUAI

Setiap suncreen ada SPF yang berlainan. Korang boleh baca dekat tube sunscreen itu sendiri.
Untuk cuaca Malaysia, SPF 30-60 sudah mencukupi untuk pemakaian seharian.

Pemilihan SPF gak bergantung kepada aktiviti yang anda lakukan. Guna SPF yang lebih tinggi jika anda terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari atau aktiviti outdoor seperti kerja/aktiviti seperti berkawad, snorkeling. Walaupun SPF tinggi mana sekalipun, anda perlu reapply semula.

 

  1. BACA INGREDIENT

Sama ada anda sensitif terhadap pewangi, alcohol, essential oil atau sesuatu ingredient yang ada dalam sunscreen. Anda harus meneliti semua ingredient yang terkandung semasa membeli dan juga perlu alert dengan keadaan skin anda.

 

KESIMPULANNYA

Panduan ini mungkin boleh dijadikan rujukan asas. Walau bagaimana sekali pun, setiap orang mempunyai keperluan kulit berbeza. Kami mengesyorkan HERV™ Sun-Rival yang sesuai untuk semua jenis kulit.